Labels

Pages

Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label BERITA TEMPATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERITA TEMPATAN. Papar semua catatan

Selasa, 22 Mei 2012

VIDEO DAN GAMBAR NAZMI FAIZ MENJALANI LATIHAN DI SC BEIRA-MAR PORTUGAL



Seperti kita semua sedia maklum, Nazmi Faiz Mansor, 18 tahun dari skuad Harimau Muda A kini sedang menjalani latihan di kelab bahagian satu Portugal, SC Beira Mar. Pastinya ramai yang mahu mengikuti perkembangan wira muda kita ini. Ammboi ada dapatkan beberapa keping gambar Nazmi disana dan juga video beliau sedang menjalani sesi latihan.

Isnin, 14 Mei 2012

Kanak-Kanak : Antara Nasi Lemak Dan KFC

Baru-baru kecoh tentang makanan yang disediakan di kantin sekolah menyebabkan obesiti di kalangan kanak-kanak? Benarkah? Adakah kantin sekolah harus dipersalahkan? Atau guru-guru? atau kementerian? atau balik kepada ibu bapa?

Jumaat, 24 Februari 2012

Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat – Ariff Alfian


KUALA LUMPUR – Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.

Selasa, 10 Januari 2012

New Malaysian Coins To Be Distributed This Jan 16


Bank Negara Malaysia (BNM) through a media statement told, the new coins which are yellow and silver would also facilitate the public on knowing different denomination.

“The side and size design of the coins which varies would ease the blind disability group in identifying and differentiating the coins.

“These new coins are made by using the latest advanced technology in coin making and has better safety characteristics to avoid counterfeit.

“The new metal used to make these coins are from a much higher quality type and last longer,” said the statement today.

According to the statement, the new Malaysian coin series design is based on the Malaysian Uniqueness theme inspired by the country’s culture and heritage.

The statement said, the motive of the design portrays the beauty of nature, flora and fauna, and traditional handicraft art found in Malaysia.

The denomination of these new coin series are 5 cents, 10 cents, 20 cents and 50 cents. The public can obtain these new coins through their usual business transaction,” said the statement.

The statement added, these new coins will be released for distribution in phases and would be used together with the existing coins.

The statement explained, the existing coins would be removed from circulation gradually.

In accordance with that, to ensure that usage of these new coins go through a smooth transition, vendors handling cash machines are given sufficient time to alter their machines so it can accept these new coins.-mynewshub.my



Isnin, 9 Januari 2012

Chong Wei akhirnya ‘benam’ Lin Dan

AKHIRNYA, badi dan mimpi buruk jaguh perseorangan negara apabila bertemu Lin Dan lenyap di gelanggang Korea.

Semalam, takhta juara pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea kembali ke genggaman pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei setelah mengalahkan seteru utamanya, Lin Dan.

Dengan keputusan 12-21, 21-18, 21-14, Chong Wei dipaksa bekerja keras sebelum menumpaskan jaguh dari China itu pada final acara perseorangan lelaki.

Kejayaan pemain berusia 29 tahun di Gimnasium Olimpik Seoul, Korea itu menyaksikan dia membawa pulang ganjaran bernilai AS$75,000 (RM235,875).

Lin Dan yang menang selesa 12-21 di set pertama tidak kekal lama apabila Chong Wei menemui rentak untuk ‘mendiamkan’ jagoan dari China itu dengan mengheretnya ke perlawanan ke set penentuan yang mengambil masa satu jam 16 minit.

Nyata, reaksi positif yang ditunjukkan dan semangat untuk membalas dendam yang membara, memberi impak ke atas kejayaannya untuk menumbangkan Lin Dan.

Sejak awal lagi, bahang pertembungan antara dua musuh tradisi ini amat terasa dalam keduanya mencari kemenangan dengan menjelangnya Sukan Olimpik Julai nanti.

Justeru, dengan gelaran juara pada awal tahun 2012, ia dilihat bukan saja membangkitkan semangat juara dunia itu dalam pemburuan pingat emasnya di Sukan Olimpik 2012 malah sebagai peringatan kepada jaguh-jaguh China lain termasuk Chen Long.

Malah, rekod perlawanan yang konsisten memperlihatkan Chong Wei masih mempunyai sentuhan berbisa untuk membenam pemain-pemain dari China yang selama ini sering menjadi halangan kepadanya.
Ini termasuklah skrip ulangan yang ditempuhi Chong Wei tahun lalu apabila terpaksa bertarung hebat untuk menewaskan bintang dari China, Du Pengyu dalam aksi separuh akhir kelmarin.
Sementara itu, Lin Dan, juara dunia empat kali yang menewaskan Chong Wei dalam empat daripada lima pertemuan sepanjang 2011, terlebih dahulu menunjukkan jalan keluar kepada pemain Jepun, Sho Sasaki dalam perlawanan separuh akhir kelmarin.
Dalam pada itu, bagi kategori beregu lelaki pula, pemain tuan rumah, Jae Sung Jung-Yong Dae Lee tumpas kepada pemain China, Chai Yun dan Fu Haifeng dengan keputusan 18-21 21-17 21-19.
Bagi perseorangan wanita, peserta China, Wang Shixiang mudah menumpaskan rakan senegara, Jiang Yanjioa 21-12 21-17.
Peserta China terus gah apabila meraih kejuaraan dalam kategori beregu wanita dengan kejayaan Tian Qing-ZhaoYunlei 21-18 21-13 ke atas Jung Eun Ha-Ming Jung Kim dari Korea.
sumber: kosmo.com.my

Ahad, 8 Januari 2012

Pak Najib kutuk Rosmah! mesti tgok!!


Singapura Tak Suka PROTON.

Tajuk video: Singapura Tak Suka PROTON.


Orang kata, rakyat Malaysia dipaksa dan terpaksa untuk membeli Proton. Anda pula nak kata apa?

singapore n malaysia peace no war, ni cuma geng xmatang lagi..

Sabtu, 7 Januari 2012

Khamis, 5 Januari 2012

Mr Bean jadi wargenegara Malaysia!


Mr Bean atau nama sebenarnya Prof Rowan Atkinson telah bertukar kewargenegaraan..!!
Ini satu perkara yang menakjubkan!! Huhuhu... hepy reading...


                                             Hensem kan??? heehehe... jom Share!

Spesis Ikan Terkecil Di Dunia Dijumpai DI Malaysia



DUNGUN – Spesis ikan paling kecil di dunia, ‘Paedocypris’ dari keluarga ‘Cyprinidae’ dengan saiz 7.8 milimeter ditemui di kawasan paya Bukit Bauk, di sini.

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri Azmi Nordin berkata ikan tersebut ditemui semasa ekspedisi Bukit Bauk yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2006.

“Beberapa ekor ikan dari famili Cyprinidae itu, spesis ikan paling kecil di dunia, ditemui di kawasan ini,” katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Azmi berkata berdasarkan kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), ikan tersebut tidak terdapat di tempat lain termasuk di luar negara setakat ini.

Beliau berkata pihaknya sedang mengambil langkah untuk membiak ikan itu supaya tidak pupus dan mungkin dijadikan daya tarikan pelancong pada masa akan datang.

Menurut Azmi buat masa ini pihaknya belum dapat menunjukkan ikan itu kepada umum kerana dibimbangi ada pihak yang akan mencarinya dan dijual dengan harga yang tinggi.

Lagipun, katanya, kawasan ikan itu ditemui terdedah kepada pengunjung dan besar kemungkinan orang akan tertumpu ke situ sekiranya kawasan itu dihebahkan.

“Ini satu aset untuk negeri dan jika ia pupus, rugilah,” katanya.

Beliau berkata selain itu, Bukit Bauk seluas 7,596 hektar juga mempunyai pelbagai khazanah berharga seperti pokok-pokok bunga yang masih belum dieksploitasi sepenuhnya. – BERNAMA

sumber: mynewshub.my



Jawapan Lengkap Nur Amalina Che Bakri



Semalam, bermula jam 5.17 petang, sekumpulan wartawan tempatan berada di rumah ibu pelajar cemerlang 17A1 pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri bagi mendengar sendiri jawapannya terhadap semua isu yang tersebar di media sosial.
Perbualan melalui sidang video Skype lebih sejam sangat mesra malah penuntut Universiti Edinburgh, United Kingdom itu menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya.
Kini berusia 24 tahun, gadis yang lahir pada 7 Disember ini sekali lagi menjadi tajuk utama akhbar tempatan semalam; genap setahun selepas kisahnya dipaparkan mengenai dakwaan dia gagal dalam pengajiannya di luar negara  dan pulang senyap-senyap ke rumah ibunya.
Khabar angin itu bagaimanapun tidak benar. Sekali lagi, minggu ini, kisah gadis pintar ini hangat diperkatakan.
Media sosial sejak beberapa hari lalu hangat memperkatakan tentang isu gambar Nur Amalina mengenakan ‘legging’ yang diambil dari arkib foto akaun Facebook miliknya.
Mungkin ini harga yang perlu dibayar menjadi seorang ikon yang cemerlang dalam pendidikan sehingga menjadi rutin tahunan yang perlu dihadapi keluarganya.
Sebelum mendengar penjelasan Nur Amalina, perkembangan terkini gadis ini harus diberi perhatian kerana kini turut terlibat dalam menyediakan kertas penyelidikan untuk dimuatkan dalam jurnal perubatan di Eropah.
Apa yang membanggakan, selain pengajian perubatan, Nur Amalina yang memperolehi keputusan cemerlang, turut ditawarkan mengambil ijazah tambahan dalam bidang farmakologi dalam tempoh setahun berbanding empat tahun.
ps/sakai pompuan ni

artikel lain dari ping busuk

click like n share