Labels

Pages

Cari Blog Ini

Selasa, 15 Mei 2012

Rahsia Untuk Membina Otot Dengan Cepat


Did I get your attention? hahaha..Memang semua orang nak besarkan otot, cari formula workout yang paling berkesan, supplement yang terbagus, hingga sampai ada yang cucuk botox untuk besarkan muscle. Kalau ada magic yang boleh besarkan muscle hari ne jugak kita bole buat,,hahah.Sorry guys..tak ada magic magic semua untuk ne...semuanya DISIPLIN, DEDIKASI dan PASSION.

Aku bukan nak cerita pasal latihan terbagus, supplement terbaik, atau botox terbaik. Apa yang aku nak cerita ne tentang benda-benda yang korang lepas pandang dan korang tak terpikir pun boleh contribute untuk membesarkan muscle korang.

KORANG MESTI BERUBAH
Ada perbezaan, antara hanya minat, dan jugak actually doing it. Buang semua alasan alasan seperti aku penat, makan tak cukup, tak ada protein, gym jauh,bayaran mahallah dan macam macam lagi. Korang mesti buat, bukan berkehendak sahaja. Ingat nak kurus, tak nak gemuk.

LEPAK DENGAN ORANG YANG SAMA MATLAMAT DENGAN KITA
Kalau korang merokok dan nak berenti merokok, korang nak duduk dengan kawan-kawan yang masih lagi merokok atau nak lepak dengan kawan-kawan yang berenti atau tak merokok? Mana lebih senang nak berenti? Sama macam korang yang selalu pergi gym. Kalau korang lepak dengan orang yang tak pergi gym, korang akan start ponteng, mula rasa tak ada motivasi, malas, sebab tak ada orang yang nak push korang nak ke gym. Kene kutuk lagi adala. Apa la pergi gym, jalan pun dah macam kingkong. Korang kene lepak dengan orang yang sama-sama pegi gym, supaya boleh train skali, dan korang rasa malu kalau ponteng. Bukan maksud aku korang terus tinggalkan kawan-kawan yang tak pergi gym, tapi kalau boleh kurangkan lepak, sebab diorang tak tahu komitment kita nak jadi bodybuilder ni. Bagi diorang, ia adalah asing.

TRAIN DENGAN ORANG YANG LEBIH BERPENGALAMAN
Bila kita train dengan orang yang lagi berpengalaman (otai), kita macam berguru dengan dia. Banyak ilmu yang korang dapat yang tak ada dalam buku excersice, sebab pengalaman dia banyak. Kalau dapat otai yang ada dua2 lagi bagus, pengalaman dan jugak fakta. Sama jugak dengan orang yang lagi kuat dari kita. Kita akan rasa tercabar nak catchup dengan partner kita so korang akan menjadi lagi kuat dengan secara tak sedar.

PILIH GYM YANG KONDUSIF
 
Lah, memang la, nak besar mesti lah pegi gym kan. Tak kira la gym commercial ke, gym rakyat ke, home gym ke. NO! Kalau korang betul-betul nak jadi kuat, dan membesar bagai johan (iklan milo) korang kena pilih gym yang kondusif untuk menjadikan korang besar dan kuat. Kalau gym korang, penuh dengan orang tua, makcik, banyak beginners, yang anggap angkat 20 kg tu dah kira berat gila, macam mana korang motivated untuk jadi kuat? Kalau gym korang ada ramai bodybuilder, yang selalu angkat insane amount of weight, korang akan rasa motivated untuk angkat macam diaorang. Akan rasa semangat. Equipment jugak memainkan peranan yang penting. Kalau machine tak cukup, weight tak cukup, macam mana korang nak buat resistance overload? Memang boleh tambah reps, tapi tak sama dengan tambah berat.

KORANG MESTI ADA MATLAMAT SPESIFIK
Matlamat mesti spesifik dan jugak mesti ada deadline. Tak kira la nak kuruskan badan, ke nak kahwin ke, nak pergi pantai ke, nak masuk marathon ke, aper saja, mesti ada end date. Matlamat yang tak spesifik, selalunya tak menjadi sebab tak ada end date. Aku nak lose weight tahun ni. Bila? Esok? minggu depan? Matlamat yang bagus, mesti ada objektif, jangkamasa dan jugak sebab. Contoh, mulai 1 hb August ni aku nak turun kan pinggang aku dari 38 inci kepada 30 inci untuk hari perkahwinan aku pada 1 hb November ni. Itu baru matlamat!

SOCIAL SUPPORT 

Social support atau orang di sekeliling kita pun penting especially kawan-kawan dan jugak keluarga..Ini macam repeat yang no 2 tapi sebenarnya tidak. Family, girlfriend, boyfriend, suami, isteri jugak penting. Korang mesti educate your wife, husband, girlfriend, boyfriend yang tak pergi gym pasal gym. Kalau boleh bawak sekali. Mana tau boleh jadi training partner atau dia tak bising bila korang pergi gym. Sebab kadang-kadang, our other half ni yang sabotage our bodybuilding goal. 'Alah, tak payah pegi gym lah hari ni, jom makan pizza jom', atau 'asyik-asyik gym, you tak sayang i ke'. So educating them is important.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

artikel lain dari ping busuk

click like n share