Labels

Pages

Cari Blog Ini

Rabu, 22 Februari 2012

Lady Gaga Semakin Bimbang Diganggu Mimpi Aneh



WALAUPUN memiliki karier nyanyian yang kukuh, penyanyi popular Lady Gaga mengakui mempunyai masalah pelik yang perlu dilaluinya setiap kali hendak tidur.

Gaga berkata, tidurnya tidak pernah tenang gara-gara sering diganggu makhluk halus malah di rumahnya juga seperti terdapat sesuatu benda aneh yang sukar untuk diterangkan.


“Baru-baru ini saya bermimpi hantu yang mahu membawa saya ke satu ruang sebuah rumah. Di ruang itu terdapat seorang gadis berambut perang diikat dengan tali,” katanya kepada Bang Showbiz.

Risau dengan keadaan itu, dia terus mendapatkan bantuan Deepak Chopra, seorang ahli spiritual yang sebelum ini pernah menjadi doktor kepada mendiang Michael Jackson.

“Saya memberitahu Deepak mengenai masalah saya sehingga membuatkan saya merasakan seperti mahu diculik oleh makhluk halus itu.

“Deepak ketawa mendengarnya dan memberitahu saya sepatutnya boleh menguruskan hal yang dianggap kecil itu.

“Nasib baiklah dia membuatkan saya rasa lega apabila memberitahu saya tidak perlu terlalu takut dan risau,” katanya.

Selain itu, Gaga juga pernah bermimpi seolah-olah dirinya sedang koma dan jiwanya tidak tenteram. Namun, dengan bantuan Deepak, masalah yang dihadapinya semakin pulih.

sumber: mstar.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

artikel lain dari ping busuk

click like n share