Labels

Pages

Cari Blog Ini

Isnin, 27 Februari 2012

Telur Palsu vs Telur Tulen

Di hari minggu ni kalau korang berniat nak makan telur, pastikan telur yang tulen. Telur palsu ni didapati bermula dari negara China dan kini mula dijual di Malaysia. Camne nak tau beza? Antara perbezaan yang terdapat di antara telur palsu China dan telur asli:




Video cara buat telur palsu di China:

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan ada telur ayam yang dijual di pasaran tempatan adalah telur tiruan yang diperbuat daripada bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna.
Mengikut CAP, bentuk telur tiruan agak luar biasa dan bersaiz lebih besar berbanding telur biasa dan baunya juga tidak sama. Telur tiruan juga tidak mengandungi khasiat atau nutrisi dan penuh dengan bahan kimia berbahaya.


Telur ayam dipercayai tiruan yang dirampas dalam pemeriksaan di Pasar Pulau Tikus baru-baru ini

Putih telurnya dipercayai diperbuat daripada sodium alginat, alum, gelatin, asid benzoik dan kalsium klorida. Di samping air dan pewarna makanan, kuning telur adalah hasil campuran buah lemon yang diperah dan pewarna makanan.

Kulit telur pula diperbuat daripada kalsium karbonat, serbuk gipsum, parafin dengan beberapa bahan campuran lain. 
- petikan dari bharian.com.my



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

artikel lain dari ping busuk

click like n share